10,000 Peserta Meriahkan Skechers Friendship Walk & Run 2026
Hafiz Omar

Skechers Friendship Walk and Run 2026 yang berlangsung pada Ahad lalu di Anjung Floria, Putrajaya merekodkan peningkatan sebanyak 25% berbanding edisi tahun lalu dengan pembabitan 10,000 peserta.
Edisi kesembilan acara yang meraih kecergasan, persahabatan dan impak kepada komuniti itu menawarkan perlumbaan baharu, larian separuh maraton individu 21KM disamping pengekalan larian kompetitif individu 10KM dan larian santai 5KM dengan pelepasan bermula jam 4.30 pagi, 6.30 pagi dan 7.30 pagi masing-masing.
Mohamad Nur Radzman (1:15:45) muncul sebagai pemenang bagi kategori lelaki terbuka 21KM diikuti dengan Muhammad Asyraf dan Ahmad Sayuti di tempat kedua dan ketiga.
Pemenang kategori wanita terbuka 21KM pula menjadi milik Chew Jia Qi (1:30:42) sambil Chan Anne Sze dan Tea Su Hua melengkapkan kedudukan podium.


Sementara itu, Muhammad Hanif (lelaki) dan Tiffany Lee Siok Chin (wanita) pula muncul sebagai pemenang kategori veteran 21KM.
Beralih kepada larian kompetitif individu 10KM, Prabudass Krishnan (32:58) dan Nurul Juliana Shakira (40:25) muncul pemenang kategori lelaki dan wanita terbuka masing-masing. Kategori veteran pula menyaksikan Suresh Sanggeetha (Lelaki) dan Chua Mei Yin (Wanita) menjadi yang pertama melintasi garisan penamat.
Setiap pemenang larian 21KM dan 10KM menerima wang tunai sebanyak RM1,000 dan baucer tunai Skechers bernilai RM1,000 beserta hamper dan pelbagai hadiah eksklusif daripada rakan penaja.
Acara tersebut ditutup dengan Skechers diwakili, Melissa Moo Yong menyerahkan cek contoh bernilai RM10,000 kepada Majlis Kanser Nasional (MAKNA) mempemarkan komitmen Skechers untuk memberi semula kepada komuniti.