Terbuka AS: Kidambi Singkir Zii Jia Dalam Masa 28 Minit

June 26, 2026
Badminton

Hafiz Omar

Bekas perseorangan lelaki No.1 negara, Lee Zii Jia terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada Terbuka Amerika Syarikat (AS) 2026 selepas beraksi dua perlawanan.

Ini susulan pemain berusia 28 tahun berkenaan tewas di tangan pilihan kelima kejohanan dari India, Srikanth Kidambi pada pusingan 16 yang berlangsung awal pagi tadi (waktu Malaysia).

Aksi tersebut menyaksikan Zii Jia tewas dua set berturut-turut menerusi skor 14-21 dan 13-21 dalam masa 28 minit – tempoh terpendek sejak bertemu Kidambi dari tahun 2021.

Sebagai rekod, ini merupakan kekalahan ketiga Zii Jia alami bertemu Kidambi daripada lapan pertembungan di pelbagai kejohanan antarabangsa.

Selepas ini, tumpuan Zii Jia akan terarah ke Terbuka Kanada 2026 yang akan membuka tirainya pada Selasa hadapan bertemu lawan yang sama, Kidambi pada pusingan 32.

Sementara itu, Kidambi yang mencatatkan kemenangan ke atas Zii Jia meneruskan perjalanannya ke peringkat suku akhir di Terbuka AS bertemu wakil Chinese Taipei, Liao Jhuo-Fu.

FEATURED IMAGE: Badminton Association of Malaysia

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd