Piala Dunia: Tewaskan Jerman, Presiden Ecuador Umum Cuti
Hafiz Omar

Presiden Ecuador, Daniel Noboa mengisytiharkan Jumaat (hari ini) sebagai cuti umum bagi seluruh negaranya selepas skuad bola sepak kebangsaannya mengejutkan Jerman 2-1, pada awal pagi tadi.
Kemenangan hasil jaringan Nilson Angulo (9’) dan Gonzalo Plata (77’) itu bukan sahaja membolehkan Ecuador memahat sejarah baharu – kemenangan sulung ke atas Jerman bahkan mengesahkan tempat ke pusingan 32 di Piala Dunia FIFA 2026.
Jerman bimbingan Julian Nagelsmann pula meraih jaringan tunggalnya menersi Leroy Sane (2’).
“Terima kasih kepada semua pemain dan jurulatih, walau berdepan kritikan, cemuhan, dan melalui detik yang sukar, berhasil bangkit dan memberikan kegembiraan besar kepada seluruh negara.”
Gracias a los jugadores y al técnico que, a pesar de las críticas, los insultos y los malos ratos que pasaron, lograron recuperarse y darle esta inmensa alegría al país entero.
¡Mañana, feriado!
Viva el Ecuador.
— Daniel Noboa Azin (@DanielNoboaOk) June 25, 2026
“Esok (Jumaat) cuti umum.” tulisnya di akaun X rasminya.
Susulan daripada kemenangan yang mengejutkan itu, Ecuador mengutip tiga mata pertama daripada edisi kali ini dapat menamatkan saingan peringkat Kumpulan E di tangga ketiga dengan pungutan empat mata.
Kutipan mata itu sudah memadai untuk meletakkan mereka selaku lapan pasukan terbaik dalam kalangan pasukan-pasukan di tangga ketiga.
Sementara itu, Jerman dan Ivory Coast turut mara ke pusingan 32 atas tiket selaku juara dan naib juara Kumpulan E.
FEATURED IMAGE: La Tri Facebook