Piala Dunia: Haaland Bawa Norway Ke Pusingan 16
Hafiz Omar

Penyerang Manchester City, Erling Haaland memastikan Norway mara ke pusingan 16 di Piala Dunia FIFA 2026 selepas menjaringkan gol kemenangan pada minit 86 ketika bertemu Ivory Coast, pada awal pagi tadi.
Gol itu terhasil menerusi satu sentuhan mudah di dalam kotak penalti setelah menerima hantaran yang mengelirukan pertahanan dan penjaga gol lawan daripada Patrick Berg.
Jaringan itu membolehkan Norway mendahului skor 2-1 sehingga pengadil perlawanan dari Venezuela, Jesus Velenzuela meniup wisel menamatkan permainan di Stadium Dallas.
View this post on Instagram
Sebelum gol kemenangan itu menerjah gawang, Norway terlebih dahulu membuka tirai jaringan menerusi Antonio Nusa pada minit 39 sebelum Ivory Coast menyamakan kedudukan melalui Amad Diallo pada minit 74.
Sebagai rekod, kemaraan Norway ke pusingan 16 ini mengulangi pencapaian mereka 28 tahun yang lalu di Piala Dunia 1998 – sebelum tewas 1-0 kepada Itali.
Sementara itu, Haaland yang mengumpul lima gol peribadi dalam kancah Piala Dunia setakat ini meletakkan namanya dalam kelompok tiga teratas untuk merebut anugerah Kasut Emas bersama-sama Kylian Mbappe dan Lionel Messi.
Aksi seterusnya, Norway akan bertemu juara lima kali, Brazil untuk merebut tiket ke peringkat suku akhir.
FEATURED IMAGE: Fotballandslaget Facebook