Bekas ‘Playmaker’ Arsenal Bersara Pada Usia 41 Tahun

July 3, 2026
Bola Sepak

Hafiz Omar

‘Playmaker’ merangkap kapten Arsenal, Santi Cazorla mengumumkan persaraannya sebagai pemain bola sepak pada usia 41 tahun.

Pemain yang cukup dikenali dengan kelincahan dan bertubuh genit dengan ketinggian 1.67 meter (m) itu mengumumkan persaraannya menerusi video berdurasi dua minit dan 18 saat dikongsikan di pelbagai akaun media rasminya pada Khamis.

Persaraan itu tiba selepas lebih dua dekad bermain bola sepak di peringkat senior dengan pelbagai kelab seperti Villarreal, Recreativo de Huelva, Malaga, Arsenal, Al Sadd dan terakhir Real Oviedo.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Arsenal (@arsenal)

Kelab terakhir yang disertainya, Real Oviedo sejak 2023-24, merupakan kelab yang sama disertainya ketika zaman remajanya. Dua musim lalu, Cazorla menjadi tonggak yang membantu Real Oviedo meraih promosi ke kancah tertinggi bola sepak Sepanyol, La Liga.

Selama enam musim bersama Arsenal, Cazorla yang menjadi pemain pilihan Arsene Wenger dalam kesebelasan utamanya berhasil merangkul dua trofi Piala FA dan Perisai Komuniti masing-masing.

Selain itu, karier Cazorla turut diwarnai dengan kejayaannya menjulang dua gelaran juara Euro, edisi 2008 dan 2012, ketika mewakili skuad kebangsaan Sepanyol berjulukan La Roja.

FEATURED IMAGE:

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd