Terbuka Kanada: Zii Jia Meluncur Ke Suku Akhir

July 3, 2026
Badminton

Hafiz Omar

Bekas perseorangan lelaki No.1 negara, Lee Zii Jia buat julung kalinya berhasil melangkah ke peringkat suku akhir dalam kejohanan yang disertainya sejak Mac 2025.

Pemain berusia 28 tahun itu mencetak kemaraan terbabit di Terbuka Kanada 2026 setelah menumpaskan wakil Chinese Taipei, Liao Jhuo-fu dengan bergaya menerusi skor 21-11 dan 21-13 dalam masa 29 minit.

Kemenangan pada pusingan 16 itu membawanya bertemu seorang lagi wakil Chinese Taipei iaitu Wang Po-wei yang menghuni ranking ke-45 dunia.

Terdahulu, Po-wei mara selepas mengetepikan cabaran pemain Denmark yang berusia 29 tahun, Ditlev Jæger Holm menerusi skor 21-5 dan 21-13 dalam masa 35 minit.

Merujuk kepada rekod, Zii Jia dan Po-wei belum pernah berentap sesama sendiri dan pertemuan yang dijadualkan berlangsung awal pagi Sabtu (waktu Malaysia) merupakan yang pertama melibatkan kedua-dua pemain.

FEATURED IMAGE: Australian Badminton Open

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd