Piala Dunia: Haaland Hantar Brazil Pulang

July 6, 2026
Bola Sepak

Hafiz Omar

Kehebatan penyerang Manchester City, Erling Haaland di hadapan gawang menyaksikan juara sebanyak lima kali iaitu Brazil terpaksa akur menamatkan kempen Piala Dunia FIFA 2026 setakat peringkat pusingan 16 sahaja.

Pemain berusia 25 tahun membantu pasukannya mencatatkan kemenangan 2-1 hasil jaringan berganda pada minit 79 dan 90 sekaligus menempatkan Norway di peringkat suku akhir Piala Dunia buat julung kalinya dalam sejarah.

Ini merupakan kali keempat Norway beraksi di pentas Piala Dunia selepas tampil pada edisi tahun 1938, 1994 dan 1998.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by FIFA World Cup (@fifaworldcup)

Brazil bimbingan Carlo Ancelotti pula mendapat jaringan saguhati menerusi pemain gantian, Neymar yang menyempurnakan sepakan penalti pada minit 90’+10’.

Pada separuh masa pertama, Brazil berpeluang untuk mendahului apabila dihadiahkan sepakan penalti oleh pengadil perlawanan dari Amerika Syarikat, Ismail Elfath namun tendangan Bruno Guimaraes diselamatkan penjaga gol Norway, Orjan Nyland.

Sementara itu, Haaland yang meledak dua gol menyaksikan perebutan anugerah Kasut Emas menjadi semakin sengit dengan berkongsi tujuh bersama-sama Kylian Mbapee (Perancis) dan Lionel Messi (Argentina).

Aksi seterusnya, Norway akan turun menentang samada England atau salah satu hos, Mexico untuk merebut tempat ke peringkat separuh akhir.

FEATURED IMAGE: Facebook Fotballandslaget

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd