Piala Dunia: 10 Pemain England Singkir Mexico

July 6, 2026
Bola Sepak

Hafiz Omar

Mexico menjadi satu lagi pasukan negara hos yang terpaksa mungucapkan selamat tinggal kepada saingan Piala Dunia FIFA 2026 selepas mengalami kekalahan di tangan England pada pusingan 16, sebentar tadi.

Lebih mendukacitakan, Mexico tewas 2-3 dalam keadaan England terpaksa beraksi dengan sepuluh pemain sejak minit 54 selepas pemain Bayer Leverkusen dilayangkan kad merah oleh pengadil, Alireza Faghani.

Aksi bermula dengan England bimbingan Thomas mendahului dua gol hasil jaringan berganda pemain tengah Real Madrid, Jude Bellingham pada minit 36 dan 38.

Bagaimanapun, Mexico mengurangkan defisit tersebut kepada 1-2 apabila Julian Quinones yang beraksi dalam kancah bola sepak Arab Saudi menyumbat masuk bola ke dalam gawang pada minit 42.

Bersambung separuh masa kedua, selepas terpaksa beraksi dengan 10 pemain, England menambah satu lagi gol menerusi penyerang prolifiknya, Harry Kane selepas menyempurnakan penalti pada minit 60.  

 

View this post on Instagram

 

A post shared by FIFA World Cup (@fifaworldcup)

Sepakan penalti diberikan selepas Anthony Gordon yang baru sahaja menandatangani kontrak bersama FC Barcelona dijatuhkan oleh penjaga gol, Raul Rangel di dalam kotak.

Selepas Haaland menyumbat masuk gol ketiga, England mengurangkan intensiti serangannya sementara Mexico meningkatkaannya untuk mencari jaringan tambahan. 

Serangan Mexico tidak mengambil masa yang lama untuk membuahkan hasil dan selang sembilan minit kemudian, Raul Jimenez menjelmakan gol kedua buat El Tri menerusi sepakan penalti.

Namun serangan bertali arus Mexico tidak membuahkan sebarang hasil memandangkan England bertahan dengan penuh disiplin sehingga Alireza meniup wisel menamatkan permainan di Stadium Mexico City.

Peringkat seterusnya, England akan turun menentang Norway yang masih segar dengan kejayaan mengejutkan juara lima kali, Brazil dengan skor 2-1.

Sebagai rekod, kemaraan England ke peringkat suku akhir ini menyamai pencapaian Piala Dunia 2022 di Qatar sebelum mereka tersingkir di tangan Perancis.

FEATURED IMAGE: England Football Team

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd