Piala Dunia: Switzerland Ke Suku Akhir Selepas 72 Tahun
Hafiz Omar

Skuad bola sepak kebangsaan Switzerland mencipta kemaraan pertama selepas 72 tahun ke peringkat suku akhir di pentas Piala Dunia selepas menyingkirkan Colombia, awal pagi tadi.
Switzerland bimbingan Murat Yakin melakar kemaraan itu menerusi penentuan sepakan penalti yang berkesudahan dengan skor 4-3 ke atas Colombia di BC Place Vancouver.
Empat gol itu terhasil menerusi sepakan oleh Granit Xhaka, Zeki Amdouni, Cedric Itten dan Ruben Vargas sementara hanya Manuel Akanji yang gagal menyempurnakan sepakannya.
Colombia kendalian Nestor Lorenzo pula sekadar menyempurnakan tiga sepakan menerusi Juan Fernando Quintero, Jaminto Campaz dan Luis Diaz.
Pengadil perlawanan dari El Salvador, Ivan Barton terpaksa mengarahkan pemenang perlawanan itu ditentukan menerusi sepakan penalti selepas Switzerland dan Colombia terikat tanpa sebarang jaringan setelah bertarung 120 minit di atas padang.
Kali terakhir Switzerland dilihat merekodkan kemaraan ke peringkat suku akhir Piala Dunia adalah pada tahun 1954 dimana mereka turut berperanan sebagai tuan rumah.
Pada peringkat seterusnya, Switzerland akan meneruskan kempennya dengan bertemu juara bertahan, Argentina yang diketuai Lionel Messi.
FEATURED IMAGE: Swiss Nati Men