Fulham Lantik Arbeloa Sebagai Ketua Jurulatih – Kontrak 3 Musim
Hafiz Omar

Kelab yang menamatkan kempen Liga Perdana (PL) 2025-26 di tempat kesebelas, Fulham FC mengumumkan Alvaro Arbeloa sebagai ketua jurulatihnya yang baharu.
Arbeloa yang sempat mengendalikan 28 perlawanan bersama Real Madrid menandatangani kontrak selama tiga musim menyaksikannya kekal di Craven Cottage sehingga musim panas 2029.
Fulham memilih jurulatih berusia 43 tahun itu bagi menggantikan Marco Silva yang berhijrah ke SL Benfica. Khidmat Silva pula diikat Benfica bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan Jose Mourinho yang menyertai Real Madrid.
Arbeloa yang bersara sebagai pemain bola sepak profesional pada 2017 memulakan karier kejurulatihannya bersama Real Madrid Bawah 14 Tahun (B-14) sebelum dinaikkan pangkat mengemudi Real Madrid B-16 diikuti Real Madrid B-19.
Selepas memimpin Real Madrid B-19 menjuarai gelaran “treble” pada musim 2023-24 dan mempertahankan kejuaraan liga pada musim 2024-25, Arbeloa diumumkan sebagai ketua jurulatih Real Madrid Castilla menggantikan legenda kelab, Raul.
Perlawanan kompetitif pertama Arbeloa bersama Fulham bermula dengan melayan kunjungan Chelsea bimbingan Xabi Alonso yang merupakan aksi pertama PL 2026-27 pada 25hb Ogos.
FEATURED IMAGE: Fulham FC