Era Zlatko Dalic Bersama Croatia Temui Tiktik Noktah
Hafiz Omar

Pengendali kelahiran Yugoslavia berusia 59 tahun itu telah memaklumkan hasratnya untuk meletakkan jawatan kepada presiden, Marijan Kustic dalam mesyuarat di ibu pejabat Persekutuan Bola Sepak Croatia (HNS).
Keputusan itu sekaligus menoktahkan tempoh hampir sembilan tahun Dalic bersama Croatia dan meletakkannya sebagai ketua jurulatih paling lama berkhidmat dalam sejarah skuad Vatreni.
Sepanjang bersama Croatia, Dalic telah membimbing Croatia meraih gelaran naib juara Piala Dunia 2018 serta pingat gangsa Piala Dunia 2022.
View this post on Instagram
Selain itu, beliau turut membawa Croatia muncul naib juara Liga Negara-Negara UEFA serta melayakkan diri ke saingan EURO 2020, EURO 2024 dan Piala Dunia 2026.
Senarai pencapaian itu turut meletakkan namanya sebagai ketua jurulatih paling berjaya dalam sejarah Croatia setakat hari ini.
Terdahulu, Dalic dan Croatia terpaksa akur mengucapkan selamat tinggal kepada kempen Piala Dunia 2026 selepas tewas 1-2 di tangan Portugal pada pusingan 32, Jumaat lalu.
FEATURED IMAGE: HNS CFF