Manuel Ott Kembali Ke Terengganu FC Pada Usia 34 Tahun

July 9, 2026
Bola Sepak

Hafiz Omar

Pemain tengah skuad kebangsaan Filipina kelahiran Jerman, Manuel Ott kembali semula ke pangkuan Terengganu FC pada usia 34 tahun.

Terengganu FC menagih semula khidmat Ott bagi mengharungi saingan Liga Malaysia 2026-27 yang akan bermula sekitar Ogos kelak.

Beliau tiba di Kuala Terengganu selepas beraksi selama semusim bersama Rayong FC dalam kancah Liga Thai.

“Kepulangan beliau diyakini mampu menambah kekuatan di bahagian tengah pasukan menerusi pengalaman, kualiti teknikal serta kepimpinan yang dimiliki.” 

“Pengurusan kelab percaya kehadiran semula Manuel Ott akan memberikan impak positif kepada pasukan dalam usaha memperkukuhkan skuad dan merealisasikan sasaran Terengganu FC untuk terus bersaing secara kompetitif dalam semua pertandingan musim ini.” tulis kenyataan Terengganu FC.

Sebagai rekod ini merupakan kali ketiga Ott menyertai Terengganu FC selepas ditandatangani pada musim 2022 dan 2024-25.

Pada masa yang sama, kepulangannya juga menyaksikan Ott kembali bekerjasama dengan Nafuzi Zain – jurulatih yang membimbingnya ketika bersama Terengganu FC dan Kedah Darul Aman FC.

FEATURED IMAGE: Terengganu FC

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd