Sadio Mane Umum Persaraan Bersama Senegal

July 13, 2026
Bola Sepak

Hafiz Omar

Bekas penyerang Liverpool dan Bayern Munich, Sadio Mane tidak lagi mewarnai kancah bola sepak antarabangsa selepas saat ini apabila mengumumkan persaraannya bersama skuad kebangsaan Senegal.

Laporan yang memetik Mane, 34 tahun, membuat keputusan terbabit setelah skuad berjulukan ‘Lion of Teranga’ tewas 2-3 di tangan Belgium di pusingan 32 pada 2hb Julai lalu.

Laporan Goal yang memetik Le Quotidien menyatakan Mane mengumumkan persaraannya itu sehari selepas Senegal tersingkir daripada kancah Piala Dunia FIFA 2026 terbabit.

Merujuk statistik daripada Transfermarkt,Mane telah merekodkan 130 penampilan dan meledak 54 gol serta mencetak 29 bantuan gol buat Senegal sejak melakukan debutnya pada penghujung Mei 2012.

Kelibat Mane turut menyaksikan Senegal berhasil menjuarai kejohanan bola sepak benua, Liga Negara-Negara Afrika (AFCON) 2022 hasil mengalahkan Mesir menerusi penentuan sepakan penalti yang berkesudahan dengan skor 4-2.

Walaupun telah membuat keputusan untuk bersara sebagai pemain bola sepak Senegal, menerusi surat yang ditulisnya, Mane merancang untuk menyumbang kepada skuad ‘Lion of Teranga’ samada sebagai staf kejurulatihan, pemain kejurulatihan atau di dalam badan induk. 

Untuk makluman, pemain kelahiran Bambali ini masih mempunyai kontrak bersama Al Nassr yang beraksi dalam kancah Liga Pro Saudi (SPL) sehingga 2027.

Featured Image: Federation Senegalaise de Football

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd