Pemain Amerika-Malaysia Sarung Jersi Negeri Sembilan FC
Hafiz Omar

Pemain tengah kelahiran Amerika Syarikat berketurunan Malaysia, Wan Kuzri Wan Ahmad Kamal menjadi pemain terbaru memperkuatkan skuad Negeri Sembilan FC bagi musim 2026-27.
Pemain berusia 24 tahun ini telah ditandatangani Negeri Sembilan FC pada pertengahan musim lalu namun adik kepada Wan Kuzain ini telah dipinjamkan kepada UM Damansara United selama setengah musim.
Tempoh itu menyaksikan Wan Kuzri mempamerkan kemampuannya untuk beraksi dalam kancah kedua bola sepak tanah air, Liga A1 Semi-Pro, dengan tampil dalam kesemua 13 perlawanan selain berhasil meledak 4 gol.
Sebelum kembali ke Malaysia, Wan Kuzri beraksi dalam saingan USL League 2 bersama Akron City FC.
Wan Kuzri merupakan pemain ketujuh menyertai skuad bimbingan ketua jurulatih baharu, Daniel Gimenez selepas mengikat Ryaan Sanizal (Singapura), Rahman Daud (Malaysia-Itali), Raimi Shamsul, Hairiey Hakim, Umar Hakeem dan Alif Mutalib.
Featured Image: Negeri Sembilan FC