Adik Syamer Kutty Sertai Terengganu FC
Hafiz Omar

Pemain tengah skuad kebangsaan bawah 23 tahun (B-23), Haziq Kutty Abba menjadi milik Terengganu FC kendalian Nafuzi Zain bagi mengharungi Liga Malaysia 2026-27.
Pemain kelahiran Pulau Pinang merangkap adik kepada pemain tengah skuad kebangsaan, Syamer Kutty Abba diperkenalkan secara rasmi oleh Terengganu FC menerusi satu kenyataan kelab dan perkongsian di pelbagai akaun media sosialnya, pada Isnin.
Haziq, 22 tahun, tiba di bumi Darul Iman selepas menamatkan khidmatnya bersama Penang FC. Dimaklumkan, Haziq menandatangani kontrak selama semusim – mengekalkannya sehingga 31hb Mei 2027 bersama Terengganu FC.
Pengalaman di pentas antarabangsa bersama skuad Harimau Muda pastinya menjadi memberikan pilihan berkualiti buat Nafuzi serta meningkatkan persaingan sihat di bahagian tengah skuad Hitam Putih.
Haziq menjadi pemain baharu ketiga ditandangani Terengganu FC untuk mengharungi saingan musim baharu selepas mengikat Danial Amier dan Manuel Ott.
FEATURED IMAGE: Terengganu FC