Gol Tunggal Torres Pacu Sepanyol Juarai Piala Dunia 2026
Hafiz Omar

Skuad bimbingan Luis de la Fuente muncul juara Piala Dunia FIFA 2026 selepas mengalahkan penyandang iaitu Argentina dalam perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium New York New Jersey, sebentar tadi.
Itu merupakan yang kedua dalam sejarah bola sepak Sepanyol selepas menjuarainya pada edisi 2010 yang berlangsung di Afrika Selatan.
Kemenangan Sepanyol berjulukan La Roja menjelma hasil jaringan tunggal pemain gantian, Ferran Torres pada minit 106 menyudahkan bola suapan daripada Nico Williams.
View this post on Instagram
Tersentak dengan pendahuluan itu, Argentina diketuai Lionel Messi cuba memburu jaringan penyamaan namun berdepan kesukaran kerana terpaksa bermain dengan 10 orang berikutan Enzo Fernandez dilayangkan kad merah pada minit 90+3.
Ini ditambah pula dengan disiplin Sepanyol mengekalkan penguasaan bola sekaligus menghadkan Argentina untuk melancarkan serangan. Statistik menunjukkan Argentina hanya menguasai 32% bola dan sekadar merekodkan tiga percubaan tanpa sebarang percubaan tepat sepanjang permainan.
Pendahuluan 1-0 Sepanyol itu berlanjutan sehingga pengadil perlawanan dari Slovenioa, Slavko Vancic meniup wisel menamatkan permainan.
Featured Image: FIFA World Cup Facebook