Terbuka China: Pilihan Keenam Singkir Chia-Tai 

July 21, 2026
Badminton

Hafiz Omar

Salah seorang juara dunia 2022, Aaron Chia yang bergandingan dengan juara remaja dunia, Aaron Tai terpaksa akur tersingkir awal daripada Terbuka China 2026.

Kempen gandingan baharu itu terhenti susulan tewas di tangan pilihan keenam pertandingan dari Indonesia, Sabar Karyaman Gutama dan Mohd Reza Pahlevi Isfahani pada pusingan 32, sebentar tadi.

Dalam aksi tersebut, Chia-Tai tewas set pertama menerusi skor 17-21 diikuti set kedua melalui skor 19-21. Sabar-Reza hanya memerlukan masa 38 minit sahaja untuk menghentikan kempen mereka di Jelajah Dunia BWF Super 1000 terbabit.

Sementara itu, Sabar-Reza yang melakar kemenangan dapat melayakkan diri ke pusingan 16 dan akan menantikan pemenang bagi pertembungan melibatkan Ben Lane-Sean Vendy (England) dan Kevin Lee-Ty Alexander Lindeman (Kanada).

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd