Terbuka China: Wei Chong-Wooi Yik Catat Kemenangan Sulung

July 21, 2026
Badminton

Hafiz Omar

Beregu lelaki negara yang bergandingan sejak minggu lalu, Man Wei Chong dan Soh Wooi Yik berhasil mencatatkan kemenangan sulung ketika turun pada aksi pembukaan sekaligus menempah tiket ke pusingan 16 Terbuka China 2026. 

Kemenangan itu menjelma selepas Wei Chong-Wooi Yik mengalahkan beregu senegara yang baru sahaja bergandingan bersama pada minggu ini, Wan Arif Junaidi-Kang Khai Xing.

Dalam pertarungan itu, Wei Chong-Wooi Yik hanya memerlukan 29 minit sahaja untuk mengetepikan cabaran Arif-Khai Xing dengan keputusan 21-12 dan 21-15.

Susulan kemenangan itu, Wei Chong-Wooi Yik akan meneruskan kempen Jelajah Dunia BWF Super 1000 terbabit dengan menantikan pemenang pertarungan melibatkan Chu Hsiang-Chieh dan Wang Chi-lin (Chinese Taipei) dan Kakeru Kumagai dan Hiroki Nishi (Jepun).

Pada minggu lalu, gandingan Wei Chong-Wooi Yik yang membuat penampilan pertamanya di pusingan 32 Terbuka Jepun 2026 bertemu Lee Fang-chih dan Lee Fang-jen dari Chinese Taipei.

Biarpun memberikan tentangan yang sengit, Wei Chong-Wooi Yik terpaksa akur tewas 23-21, 17-21 dan 16-21 dalam masa satu jam dan dua minit.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd