Terbuka China: Soon Huat-Shevon Singkir Gandingan Baharu Jepun
Hafiz Omar
Beregu campuran No.2 negara, Goh Soon Huat dan Shevon Jemie Lai bermula dengan langkah kanan di Terbuka China 2026 selepas tersingkir awal pada edisi lalu.
Langkah itu terhasil selepas Soon Huat-Shevon yang berada di tangga ke-12 dunia menumpaskan gandingan baharu dari Jepun, Hiroki Midorikawa dan Misaki Matsutomo pada pusingan 32, sebentar tadi.
Dalam aksi tersebut, Soon Huat-Shevon bertarung tiga set permainan dan melakar kemenangan ke atas gandingan ke-420 dunia itu menerusi skor 21-15, 16-21 dan 21-19 dalam masa 49 minit.
VICTOR China Open 2026
XD – R32
🇲🇾GOH Soon Huat🏅
21 16 21 🇲🇾LAI Shevon Jemie🏅
🇯🇵Hiroki MIDORIKAWA
15 21 19 🇯🇵Misaki MATSUTOMO🕚 in 49 minutes
— BWFScore (@BWFScore) July 22, 2026
Hasil kemenangan itu membawa Soon Huat-Shevon ke pusingan 16 bertemu beregu No.6 dunia dari China, Guo Xin Wa dan Chen Fang Hui untuk merebut tiket ke suku akhir Jelajah Dunia BWF Super 1000 terbabit.
Terdahulu, Xin Wa-Fang Hui mara selepas mengalahkan beregu India, Dhruv Kapila dan Tanisha Crasto menerusi skor 21-18 dan 21-18 dalam masa 41 minit.
FEATURED IMAGE: Badminton Asia Championship