Terbuka China: Kempen Soon Huat-Shevon Terhenti Di Pusingan 16

July 23, 2026
Badminton

Hafiz Omar

Beregu campuran negara merangkap pasangan suami isteri, Goh Soon Huat dan Shevon Jemie Lai terpaksa akur mengakhiri kempen di Terbuka China 2026 setakat pusingan 16, pada hari ini.

Gandingan yang menghuni ranking ke-12 dunia itu bertembung pilihan kelima kejohanan, Guo Xin Wa dan Chen Fang Hui di peringkat tersebut dan ianya berakhir dengan kekalahan 21-23 dan 15-21 dalam masa 43 minit.

Hasil daripada keputusan itu, Soon Huat-Shevon gagal meraih tiket ke peringkat suku akhir bagi Jelajah Dunia BWF Super 1000 terbabit. Bagaimanapun, kempen Soon Huat-Shevon pada edisi ini lebih baik berbanding edisi lalu dimana mereka terkandas seawal pusingan 32.

Sementara itu, Xin Wa-Fang Hui yang meraih tiket ke peringkat suku akhir akan menantikan cabaran samada daripada beregu senegaranya merangkap pilihan kedua kejohanan, Jiang Zhen Bang dan Wei Ya Xin atau beregu Malaysia, Chen Tang Jie dan Clarissa San.

FEATURED IMAGE: Badminton Association of Malaysia

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd