Aston Villa Pinjam Alejandro Garnacho
Hafiz Omar

Penghuni tangga keempat Liga Perdana (PL) musim lalu, Aston Villa bimbingan Unai Emery berhasil mendapatkan khidmat Alejandro Garnacho untuk mengharungi saingan bola sepak musim 2026-27.
Menerusi satu kenyataan oleh pihak kelab, khidmat pemain sayap kiri berusia 22 tahun itu didapatkan oleh Villa daripada Chelsea secara pinjaman dengan kontrak selama semusim.
Kehadiran Garnacho bakal memberikan lebih pilihan kepada Unai bukan sahaja menghadapi saingan domestik bahkan Liga Juara-Juara UEFA (UCL).
View this post on Instagram
Selepas meninggalkan Manchester United pada awal musim lalu, Garnacho berhasil merekodkan 43 penampilan bersama Chelsea sambil meledak lapan gol dan menghasilkan empat bantuan gol.
Bersama Villa, Garnacho diberikan jersi bernombor 17 – nombor sama yang disarungnya ketika bersama Manchester United dan skuad kebangsaan Argentina.
Untuk makluman, Garnacho merupakan pemain ketiga dibawa masuk oleh Unai bagi mengharungi saingan musim baharu selepas menandatangani Johan Manzambi dan Joao Gomes.
FEATURED IMAGE: Aston Villa