MSN Selangor, BS Fitness Nutrion Lancar Minuman Elektrolit Berperisa Laici

July 26, 2026
Lain-Lain

Hafiz Omar

Majlis Sukan Negeri Selangor (MSN Selangor) dan BS Fitness Nutrition (M) Sdn. Bhd. tampil melancarkan produk minuman hidrasi sedia diminum yang diberi nama Hydrocharge Ready To Drink dalam satu majlis yang berlansung pada hari ini.

Pelancaran dan pengenalan produk tersebut merupakan satu daripada usaha memperkukuh pembangunan sukan serta menyokong prestasi atlet di Negeri Selangor.

Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Amirudin Shari menyermpurnakan majlis pelancaran terbabit sambil dihadiri kepimpinan MSN Selangor, wakil-wakil industri sukan, atlet-atlit SUKMA Selangor serta rakan strategik yang bersama-sama meraikan pengenalan produk hidrasi baharu ini.

HydroCharge Ready To Drink, produk hasil kerjasama MSN Selangor dan BS Fitness Nutrition merupakan minuman elektrolit berperisa laici yang dirumus khas bagi membantu menggantikan elektrolit yang hilang serta menyokong hidrasi optimum sebelum, semasa dan selepas aktiviti fizikal. 

Produk ini juga hadir tanpa gula tambahan dan boleh diminum terus tanpa perlu dibancuh, menjadikannya pilihan praktikal untuk atlet serta individu yang mengamalkan gaya hidup aktif.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) merangkap Pengasas BS Fitness Nutrition (M) Sdn. Bhd, YM Raja Lokman bin Raja Ahmad berkata, pelancaran HydroCharge Ready To Drink merupakan satu pencapaian penting buat syarikat dalam menawarkan penyelesaian hidrasi yang lebih praktikal dan berkualiti kepada atlet serta masyarakat.

“Pelancaran HydroCharge Ready To Drink merupakan satu pencapaian penting buat BS Fitness Nutrition. Kami percaya setiap atlet memerlukan sokongan hidrasi yang berkualiti, mudah diakses dan memenuhi keperluan latihan serta pertandingan. HydroCharge Ready To Drink dibangunkan bagi memberikan penyelesaian hidrasi yang praktikal tanpa mengorbankan kualiti.”

Beliau berkata, kerjasama dengan Majlis Sukan Negeri Selangor membuktikan komitmen bersama dalam memperkukuh pembangunan sukan melalui penyediaan produk nutrisi dan hidrasi yang berkualiti.

“Kami amat berbangga dapat menjalin kerjasama strategik dengan Majlis Sukan Negeri Selangor. Kepercayaan yang diberikan ini membuktikan keyakinan terhadap jenama tempatan dalam menyokong pembangunan sukan. Kami berharap kerjasama ini bukan sahaja memberi manfaat kepada atlet Selangor, malah menjadi pemangkin kepada lebih banyak inisiatif dalam memperkukuh ekosistem nutrisi, hidrasi dan prestasi sukan di Malaysia,” katanya.

Pelancaran HydroCharge Ready To Drink dijangka membuka lebih banyak peluang kerjasama antara sektor sukan dan industri nutrisi, sekali gus memperkukuh usaha melahirkan atlet yang lebih cemerlang serta membudayakan gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd