Pengadil Perlawanan Akhir Piala Dunia 2026 Umum Persaraan

July 28, 2026
Bola Sepak

Hafiz Omar

Slavko Vinčić yang mengadili perlawanan akhir Piala Dunia FIFA 2026 antara Sepanyol dan Argentina mengumumkan persaraannya, seminggu selepas kejohanan itu melabuhkan tirainya.

Persaraan pengadil berusia 46 tahun kelahiran Maribor, Slovenia itu dikongsikan oleh Persatuan Bola Sepak Slovenia menerusi satu kenyataan rasmi sekaligus menoktahkan 16 tahun karier kepengadilannya.

Vinčić menjadi pengadil pertama Slovenia yang mengadili perlawanan akhir Piala Dunia FIFA sekaligus meletakkan namanya sebagai pengadil terhebat dalam sejarah Slovenia.

Ketika mengadili perlawanan akhir pada 20hb Julai lalu, Vinčić turut mewarnainya dengan layangan kad merah kepada Enzo Fernandez pada minit 90+3 sekaligus memaksa Argentina beraksi dengan 10 pemain.

Pertarungan yang berlangsung di Stadium New York New Jersey itu berkesudahan dengan Sepanyol merekodkan kemenangan 1-0 hasil jaringan Ferran Torres pada minit 106.

Selain perlawanan akhir, Vinčić turut mengadili pertemuan melibatkan Brazil dan Maghribi dalam aksi peringkat Kumpulan C serta pertembungan Mexico dan Ecuador di pusingan 16. 

Vinčić turut mewarnai kariernya dengan mengadili perlawan di pentas EURO 2022 dan EURO 2024.

Di pertandingan peringkat kelab pula, Vinčić pernah mengendalikan aksi akhir Liga Europa 2022 dan perlawanna akhir Liga Juara-Juara UEFA (UCL) melibatkan Real Madrid dan Borussia Dortmund.

FEATURED IMAGE: FIFA World Cup

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd