Legenda Itali & AC Milan, Baresi Meninggal Pada Usia 66 Tahun
Hafiz Omar

Pertahanan legenda era 1980-an dan 1990-an skuad kebangsaan Itali dan AC Milan, Franco Baresi meninggal dunia pada usia 66 tahun, lapor kelab berjulukan Rossoneri sebentar tadi.
Bagaimanapun, AC Milan tidak menyatakan punca kematian bekas kaptennya itu. Memetik laporan pelbagai media antarabangsa, Baresi telah menjalani pembedahan melibatkan paru-parunya pada Ogos 2025.
Baresi yang lahir pada Mei 1960 di Lombardy merupakan salah seorang pemain “one man club” – hanya beraksi bersama AC Milan bermula zaman remajanya sehingga bersara.
View this post on Instagram
Baresi cukup dikenali dengan jersi bernombor 6 dan diingati membantu AC Milan menjulang enam kejuaraan Serie A dan tiga gelaran juara eropah.
Baresi membentuk gandingan yang ampuh di barisan pertahanan bersama-sama seorang lagi pemain berstatus legenda, Paolo Maldini. Persaraannya hadir pada tahun 1997 dengan merekodkan 719 penampilan.
Sementara itu, Baresi turut memahat namanya selaku pemenang Piala Dunia FIFA ketika bersama-sama skuad berjulukan Azzurri dalam edisi Piala Dunia 1982.