RTM Siar Secara Langsung Liga M Awards – 12 Ogos 2026
Hafiz Omar

Liga M Awards bagi musim ini yang dijenamakan semula daripada Anugerah Bola Sepak Kebangsaan (ABK) akan disiarkan secara langsung oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM).
Ianya bakal bersiaran di saluran Sukan+ dan RTMKlik bermula jam 8.30 hingga 10.00 malam pada 12hb Ogos (Rabu) bertempat di Auditorium Seri Angkasa, Kuala Lumpur.
Ini merupakan penganjuran sulung Liga M Awards yang memberikan penganugerahan berdasarkan format baharu yang mengambil kira kesemua aksi Liga Super, perlawanan piala domestik termasuk perlawanan akhir Piala Malaysia.
Malaysian Foootball League (MFL) pada hari ini turut menyenarai pendek tiga nama daripada 10 calon awal bagi setiap kategori yang telah dipilih hasil undian 13 ketua jurulatih, 13 kapten Liga Super dan 13 wakil media.
Tiga calon bagi setiap kategori adalah seperti berikut:
Penjaga Gol Terbaik: Ahmad Syihan Hazmi (Johor Darul Ta’zim), Haziq Nadzli (Kuching City FC) dan Kalamullah Al-Hafiz Mat Rowi (Selangor FC)
Pertahanan Terbaik: Quentin Cheng (Selangor FC), Rodney Celvin Akwensivie (Kuching City FC) dan Ubaidullah Shamsul Fazili (Terengganu FC)
Pemain Tengah Terbaik: Afiq Fazail (Johor Darul Ta’zim), Danial Amier Norhisham (Kuching City FC) dan Nooa Laine (Selangor FC)
Penyerang Terbaik: Safawi Rasid (Kuala Lumpur City FC), Faisal Abdul Halim (Selangor FC) dan Ramadhan Saifullah Usman (Kuching City FC)
Pemain Muda Terbaik: Aliff Izwan Yuslan (Selangor FC), Haziq Aiman Esa (Melaka FC) dan Haziq Kutty Abba (Penang FC)
Jurulatih Terbaik: Aidil Sharin Sahak (Kuching City FC), Kim Pan-gon (Selangor FC) dan Xisco Munoz (Johor Darul Ta’zim)
Pemain Import Terbaik: Bergson Da Silva (Johor Darul Ta’zim), Chrigor Moraes (Selangor FC) dan Petrus Shitembi (Kuching City FC)