Sukan Komanwel: Malaysia Kutip 8 Emas, 3 Perak & 5 Gangsa

August 3, 2026
Lain-Lain

Hafiz Omar

Kontinjen Malaysia mengakhiri kempen Sukan Komanwel Glasgow 2026 dengan mengutip 16 pingat merangkumi lapan emas, tiga perak dan lima gangsa.

Kutipan itu bukan sahaja melepasi sasaran lima emas, dua perak dan empat gangsa sepertimana dikehendaki oleh Chef De Mission (CDM), Datuk Awalan Abdul Aziz bahkan menjadi pencapaian kedua terbaik negara sejak menyertai Sukan Komanwel Delhi 2010.

Kem angkat berat memperagakan prestasi paling cemerlang di temasya kali ini dengan menyumbang tujuh keping pingat buat Kontinjen Malaysia yang terdiri daripada lima emas, satu perak dan satu gangsa.

Lima pingat emas itu dirangkul oleh Malaysia menerusi Aniq Kasdan, Aznil Bidin, Erry Hidayat, Hafizuddin Roslin dan Syahmi Ghazali yang mengungguli kategori 60kg, 65kg, 79kg, 88kg dan 94kg masing-masing.

Sementara itu, tiga lagi kilauan emas diperolehi menerusi jaguh lompat jauh para negara, Datuk Abdul Latif Romly (lompat jauh T20); jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang (keirin) dan atlet judo, Amir Daniel Abdul Majeed (bawah 81kg).

Secara keseluruhannya, jumlah pungutan lapan pingat emas itu meletakkan Malaysia di tangga kesepuluh dalam cara pungutan pingat Sukan Komanwel selepas Australia (70), England (29), Kanada (19), India (13), Scotland (13), New Zealand (10), Nigeria (10), Jamaica (10) dan Wales (9).

FEATURED IMAGE: Majlis Sukan Negara Malaysia

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd