Anwar Ibrahim Berhijrah Ke Kedah

August 3, 2026
Bola Sepak

Hafiz Omar

Bek kiri yang pernah menganggotai skuad kebangsaan bawah 19 tahun (B-19), Anwar Ibrahim meneruskan karier bola sepaknya dengan menyertai Star City FC yang berpangkalan di Negeri Kedah.

Pemain berusia 27 tahun kelahiran Kota Bharu, Kelantan terbabit diumumkan menyertai kelab yang dahulunya dikenali sebagai Imigresen FC menerusi perkongsian di pelbagai akaun media sosial milik kelab berkenaan, pada hari ini.

Anwar menyertai Star City selepas menghabiskan musim 2025-26 bersama Negeri Sembilan FC dengan mencatatkan sembilan penampilan dalam saingan Liga Super serta satu penampilan dalam Piala Malaysia dan Piala FA masing-masing.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Star City FC (@official_starcityfc)

Untuk makluman, Anwar memulakan karier bola sepak profesionalnya bersama Felda United FC sebelum menyertai Selangor FC dan skuad ibu kota, Kuala Lumpur City FC.

Anwar juga merupakan sebahagian daripada skuad ibu kota yang menjuarai Piala Malaysia 2021 di bawah bimbingan Bojan Hodak.

Untuk makluman, Anwar merupakan antara pemain tempatan baharu yang menyertai Star City FC bimbingan Mehmed Durakovic selain Fakhri Azri dan Amirul Aiman, Akmal Md Zahir, Harith Samsuri, Syafik Ismail, T. Saravanan, Engku Shakir, Syahmi Zamri, Hafizul Hakim dan Endrick dos Santos.

Featured Image: Star City FC 

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd