SUKMA: Skuad Sepak Takraw Selangor Sarung Kasut Abaro

August 3, 2026
Sepak Takraw

Hafiz Omar

Skuad sepak takraw lelaki dan wanita Selangor akan beraksi di temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2026 dengan menyarung kasut berjenama tempatan yang direka khas untuk keperluan atlet sukan terbabit, Abaro Takraw.

Perkembangan itu hadir selepas Abaro tampil memberikan sumbangan sebanyak RM10,000 dan 56 pasang kasut Abaro Takraw kepada Persatuan Sepak Takraw Selangor (PSS) bagi menyokong persiapan skuad sepak takraw lelaki dan wanita SUKMA 2026.

Itu merupakan sebahagian daripada inisiatif Abaro selain daripada melancarkan Abaro Takraw dalam memperkukuhkan komitemennya untuk pembangunan sepak takraw.

Untuk makluman, kasut Abaro Takraw direka khusus untuk memenuhi keperluan permainan sepak takraw dengan menawarkan gabungan keselesaan, cengkaman dan fleksibiliti untuk membantu pemain memberikan prestasi terbaik di gelanggang.

Kasut ini dilengkapi tapak luar getah anti-gelincir bagi memastikan cengkaman yang lebih baik, tapak dalam getah yang menyerap hentakan untuk keselesaan optimum, serta tapak luar fleksibel yang menyokong pergerakan yang lebih lincah. 

Bahagian pelindung getah pada hujung kasut pula memberikan perlindungan tambahan ketika melakukan libasan berulang kali. Ia turut dilengkapi dengan rekaan gelung pada bahagian belakang kasut memudahkan kasut pemakaian, manakala pilihan warna hitam dan putih yang klasik menyerlahkan gabungan prestasi serta gaya yang versatil.

Senarai penuh barisan pasukan sepak takraw Selangor adalah seperi berikut:

Lelaki

  1. MUHAMMAD SYAFI HAZIQ BIN BAHARUDDIN (TEKONG)
  2. MUHAMMAD ADAM HAIKAL BIN MOHD KHALID (TEKONG)
  3. MUHAMMAD SHAHRIL BIN SABIRIN (TEKONG)
  4. MUHAIMIN RUSYAIDI BIN MOHAMAD NOH (TEKONG)
  5. MOHAMMAD SALMAN BIN ANUAR (KILLER)
  6. MOHAMMAD AZIM BIN AZIZUL (KILLER)
  7. MUHAMMAD SHAHRAIN ZAMEER BIN SHAMSUDDIN (KILLER)
  8. MUHAMMAD ANDRIAN HAZZIQ BIN NOR AZWAN (KILLER)
  9. IZZAT IZZUDIN BIN ZULKIFLI (KILLER)
  10. AHMAD FAREEZ IMTIYAZ BIN SUHAIRI (KILLER)
  11. JEFRI BIN AHMAD (FEEDER)
  12. MOHAMMAD KAMARUL EZZAD BIN MOHAMMAD KAMARUL IMRAN (FEEDER)
  13. MUHAMMAD AIRELL BIN MOHD RAMLEE (FEEDER)
  14. MUHAMMAD ALIF DANIAL BIN MUHAMMAD RUSLI (FEEDER)

Perempuan

  1. NUR AINA DHALIA BTE MOHD AZLAN (TEKONG)
  2. NUR DAMIA YUSRINA BTE NORHISHAM (TEKONG)
  3. NURSALSABILA ROSLAN BTE ABDUL RAZZAQ (TEKONG)
  4. NUR SYAZA INSYIRAH BTE HASNOL (TEKONG)
  5. NUR DANIA AMISYA BTE ROSLAN (TEKONG)
  6. WAN AINA DAMIA BTE WAN ANIZAM (TEKONG)
  7. NUR FARIDA ALIFA BTE MOHD SAIFUL BAHARI (FEEDER)
  8. NOR KAMALIA AZWA BTE KAMARUL ADZHAR (FEEDER)
  9. NUR ASYIKIN BTE NAJIB (FEEDER)
  10. WAN ADRIANA BATRISYIA BTE WAN ANIZAM (KILLER)
  11. NUR FARRAH YUSRINA BTE NORHISHAM (KILLER)
  12. NUR ALISYA QAISARA BTE AZNIZAN (KILLER)
  13. SYAKIRA NUR AMANI BTE NORZAIDI (KILLER)
  14. NURAFFRAYANA BALQISA BTE AHMAD SHAH (KILLER)

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd