Kelab Bimbingan Xabi Alonso Sambar Khidmat Pemain Veteran England

August 4, 2026
Bola Sepak

Hafiz Omar

Chelsea FC yang kini di bawah kendalian Xabi Alonso menandatangani dua pemain veteran England untuk menghadapi saingan Liga Perdana (PL) 2026-27 iaitu Jordan Henderson dan Danny Welbeck.

Henderson, 36 tahun, menurunkan tandatangannya ke atas kontrak bertempoh dua tahun yang menyaksikannya kekal bersama Chelsea sehingga penghujung musim 2027-28.

Bekas kapten yang menjuarai Liga Perdana, Liga Juara-Juara UEFA (UCL) dan Piala Dunia Kelab FIFA bersama Liverpool itu menyertai Chelsea selepas semusim bersama Brentford FC.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Chelsea FC (@chelseafc)

Sementara itu, Chelsea turut mendatangkan Welbeck, 35 tahun, untuk memperkukuhkan bahagian serangannya. Bekas pemain Manchester United dan Arsenal itu memilih menyertai The Blues selepas enam musim berbakti bersama Brighton and Hove Albion.

Sepertimana Henderson, Welbeck turut menandatangani kontrak selama dua tahun bersama Chelsea.

Kedua-duanya telah menyertai sesi latihan bersama Chelsea dan kelibatnya bakal disaksikan ketika Chelsea berentap menentang Juventus, AC Milan dan Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam siri Jelajah Pramusim 2026.

FEATURED IMAGE: Chelsea FC

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd