14 Pasukan Warnai Divisyen Dua Bola Sepak Malaysia

August 4, 2026
Bola Sepak

Hafiz Omar

Teka-teki mengenai baki dua pasukan untuk menyertai divisyen dua bola sepak tanah air terjawab apabila penganjur, Amateur Football League (AFL) mengesahkan penyertaan AAK-UNISEL FC dan Imigresen FC II.

Kedua-dua pasukan itu berada dalam senarai menunggu sebelum ini dan perlu memenuhi beberapa kriteria dan melengkapkan dokumentasi yang diperlukan dan disahkan penyertaan selepas melalui proses semakan oleh penganjur.

AAK-UNISEL FC (sebelum ini dikenali sebagai AAK Puncak Alam FC) merangkap “semi-finalist” Liga A2 Amateur 2025 dan Imigresen FC II melengkapkan senarai 14 pasukan Liga A1 musim ini bersama-sama juara bertahan, Johor Darul Ta’zim II serta Selangor FC II, Kedah FA, Negeri Sembilan FC II, Perak FA dan UM-Damansara United. 

Senarai itu diikuti oleh Kelantan City FC, Armed Forces FC, Manjung City FC, USM FC, Malaysian-University-UiTM dan Bunga Raya FC.

Liga A1 akan membuka tirainya pada 28hb Ogos 2026(Jumaat) dengan perlawanan pembukaan menemukan Johor Darul Ta’zim II dan USM FC di Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos, Larkin.

FEATURED IMAGE: Amateur Football League

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd