Nova Ketua Jurulatih Beregu Campuran Indonesia – PBSI

August 5, 2026
Badminton

Hafiz Omar

Individu yang membimbing Chen Tang Jie dan Toh Ee Wei menjuarai Kejohanan Dunia BWF 2025 iaitu Nova Widianto kembali ke pangkuan Persatuan Bulu Tangkis Seluruh Indonesia (PBSI).

Kepulangan itu menyaksikan jurulatih berusia 48 tahun diberikan peranan sebagai Ketua Jurulatih Beregu Campuran di Pelatnas PBSI Cipayung. 

Perkara tersebut diumumkan secara rasmi oleh PBSI menerusi pelbagai akaun media sosialnya pada hari ini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Badminton Indonesia (@badminton.ina)

“Dengan pengalaman dan dedikasi yang dimiliki, kehadiran Nova diharapkan dapat semakin memperkuat pembinaan serta meningkatkan daya saing sektor ganda campuran Indonesia di level dunia.” tulis kenyataan rasmi oleh PBSI.

Pada Khamis lalu, Persatuan Badminton Malaysia (BAM) memaklumkan Nova menamatkan khidmatnya bersama Malaysia pada 31hb Julai.

Bekas juara dunia pada 2005 dan 2007 dalam kategori beregu campuran itu tidak melanjutkan kontraknya bersama BAM atas alasan ingin pulang ke negara kelahirannya, Indonesia.

Sebagai rekod, Nova mula berkhidmat bersama BAM sejak Januari 2023.:   

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd