Masters Korea: Tang Jie-Clarissa Singkir Pilihan Keempat
Hafiz Omar
Gandingan Chen Tang Jie dan Clarissa San berhasil melangkah ke peringkat suku akhir Masters Korea 2026 selepas mengejutkan pilihan keempat kejohanan.
Lawannya, Wu Hsuan-Yi dan Yang Chu Yun yang menghuni ranking ke-45 dunia terpaksa akur tewas di tangan Tang Jie-Clarissa menerusi skor 12-21, 21-13 dan 11-21 dalam masa 41 minit.
VICTOR Korea Masters 2026
XD – R16
🇲🇾CHEN Tang Jie🏅
21 13 21 🇲🇾Clarissa SAN🏅
WU Hsuan-Yi
12 21 11 YANG Chu Yun🕚 in 41 minutes
— BWFScore (@BWFScore) August 6, 2026
Ini merupakan kemaraan sulung Tang Jie bersama Clarissa ke peringkat suku dalam kejohanan yang disertainya bermula Terbuka Jepun, Terbuka China dan Terbuka Taipei.
Hasil kemaraan itu menemukannya dengan pemenang pertarungan melibatkan pasangan Jepun, Haruki Kawabe-Kokona Ishikawa atau gandingan tuan rumah, Lee Sang Won-Lee Hye Won.