Masters Korea: Chia-Tai Singkir Gandingan Malaysia-Korea
Hafiz Omar
Gandingan Aaron Chia dan Aaron Tai melanjutkan kempennya ke peringkat suku akhir Masters Korea 2026 selepas berjaya menyingkirkan gandingan Malaysia-Korea, Goh V Shem dan Choi Sol Gyu.
Chia-Tai memuktamadkan pertarungan dengan V Shem-Sol Gyu di pusingan 16 itu dengan bergaya menerusi skor 21-14 dan 21-13 dalam masa tidak sampai setengah jam.
VICTOR Korea Masters 2026
MD – R16
🇲🇾Aaron CHIA🏅
21 21 🇲🇾Aaron TAI🏅
🇰🇷CHOI Sol Gyu
14 13 🇲🇾GOH V Shem🕚 in 26 minutes
— BWFScore (@BWFScore) August 6, 2026
Chia-Tai yang kini berada di ranking ke-166 dunia mencetak kemenangan itu pada pertemuan pertama dengan V Shem-Sol Gyu di kejohanan antarabangsa.
Hasil kemenangan itu bakal menemukan Chia-Tai samada dengan beregu senegara, Tee Kai Wun dan Yap Roy King atau wakil tuan rumah, Jin Yong dan Lee Jong Min.