Kejohanan Olahraga Dunia B-20: Danish Rekod Masa Larian 10.44s

August 7, 2026
Olahraga

Hafiz Omar

Pelari pecut muda negara, Danish Iftikhar Muhammad Roslee menamatkan acara 100 meter (m) lelaki pusingan akhir di tempat kelapan daripada sembilan peserta.

Acara yang berlangsung di University of Oregon itu menyaksikan atlet berusia 19 tahun terbabit bermula di lorong kelapan dan menamatkan larian dengan catatan masa 10.44 saat (s).

Pelari tuan rumah, Tate Taylor muncul sebagai pemenang apabila muncul yang pertama melintasi garisan penamat dengan catatan masa 9.94s diikuti Gary Card dari Jamaica dengan rekod 10.15s.

Sementara itu, atlet Afrika Selatan, Marko Ferreira melengkapkan kedudukan podium di kedudukan ketiga dengan catatan masa 10.16s.

Terdahulu, Danish berhasil meloloskan diri ke pusingan akhir selepas menamatkan perlumbaan separuh akhir saringan kedua di tempat kedua dengan catatan masa 10.36s.

FEATURED IMAGE: Olahraga Malaysia

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd