Real Madrid, Vinicius Jr. Lanjut Kontrak Sehingga 2032

August 7, 2026
Bola Sepak

Hafiz Omar

Kelab gergasi Sepanyol, Real Madrid nampaknya dapat menggunakan khidmat penyerang sayap lincah kelahiran Brazil iaitu Vinicius Jr. bagi tempoh enam tahun lagi.

Menerusi makluman rasmi kelab berjulukan Los Blancos itu, kedua-dua pihak mencapai kata sepakat untuk menandatangani kontrak lanjutan sehingga 30hb Jun 2032.

Perkembangan ini sekaligus mematikan hasrat juara Liga Perdana (PL), Arsenal yang memantau rapat situasi pemain berusia 26 tahun terbabit susulan kontrak berbaki selama 12 bulan sahaja bersama Real Madrid.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Real Madrid C.F. (@realmadrid)

Sebagai rekod, Vinicius menyertai Real Madrid pada Julai 2018 ketika berusia 18 tahun.

Selama lapan tahun menyarung jersi Real Madrid, Vinicius telah merekodkan 375 penampilan, menjaringkan 128 gol, meraih 14 gelaran juara – Liga Juara-Juara UEFA (2), Piala Dunia Kelab FIFA (3), Piala Super UEFA (2), La Liga (3), Copa Del Rey (1) dan Piala Super Sepanyol (3).

Vinicius akan memulakan musim baharu di Real Madrid di bawah bimbingan pengendali baharu – Jose Mourinho.

FEATURED IMAGE: Real Madrid

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd