Masters Korea: Wei Chong-Wooi Yik, Kai Wun-Roy King Rebut Gelaran Juara
Hafiz Omar
Gelaran juara bagi kategori beregu lelaki di Masters Korea 2026 hampir pasti menjadi milik Malaysia apabila dua wakil negara, Man Wei Chong-Soh Wooi Yik dan Tee Kai Wun-Yap Roy King mara ke perlawanan akhir.
Wei Chong-Kai Wun berjaya mara selepas berhempas pulas menewaskan beregu Jepun, Haruki Kawabe dan Kenta Matsukawa menerusi tiga set permainan sebelum menoktahkannya menerusi skor 18-21, 22-20 dan 21-18 dalam masa hampir satu jam.
Manakala Kai Wun-Roy King pula melakar kemaraan tanpa mengeluarkan setitik peluh apabila lawannya yang juga dari negara matahari terbit, Shuji Sawada dan Daigo Tanioka memberikan kemenangan tanpa bertanding.
Menariknya, perebutan gelaran juara di Jelajah Dunia BWF Super 300 pada Ahad akan menemukan Wei Chong dan Kai Wun buat julung kalinya selepas berpisah dan membentuk gandingan baharu bersama Wooi Yik dan Roy King masing-masing.
Pasangan yang meraih kejuaraan akan meraih AS$19,750 (~RM80,776) dan 7,000 pungutan manakala naib juara pula akan mendapat AS$9,500 (~RM38,885) dan 5,950 mata.