Afiq Fazail Dinobat Pemain Paling Bernilai 2025-2026
Hafiz Omar

Pemain tengah yang membantu Johor Darul Ta’zim (JDT), Afiq Fazail berjaya meraih anugerah Pemain Paling Bernilai (MVP) di Liga M Awards (dahulunya dikenali sebagai Anugerah Bola Sepak Kebangsaan) buat julung kali dalam kariernya.
Pengiktirafan itu hadir selepas pemain berusia 31 tahun terbabit memainkan peranan penting buat jentera tengah skuad Harimau Selatan untuk melengkapkan gelaran “quadruple” buat kali keempat berturut-turut dalam kancah bola sepak domestik.
Trofi MVP buat Afiq itu disampaikan oleh Menteri Komunikasi, Dato’ Seri Fahmi Fadzil sambil diiringi Presiden Malaysian Football League (MFL), Dato’ Ab Ghani Hassan dalam majlis yang berlangsung di Auditorium Seri Angkasa, Angkasapuri.
Anugerah MVP itu melengkapkan koleksi pencapaian individunya selepas meraih anugerah Pemain Tengah Terbaik pada ABK 2022 dan ABK 2023.
Untuk makluman, ini merupakan julung kalinya individu lain memenangi anugerah MVP selepas ianya dibolot oleh Arif Aiman empat kali berturut-turut.
Sementara itu, pemenang-pemenang bagi anugerah lain yang dipertandingkan adalah seperti berikut:
- Jurulatih Terbaik – Xisco Munoz (JDT)
- Penjaga Gol Terbaik – Syihan Hazmi Mohamed (JDT)
- Pertahanan Terbaik – Quentin Cheng (Selangor FC)
- Pemain Tengah Terbaik – Afiq Fazail (JDT)
- Penyerang Terbaik – Faisal Halim (Selangor FC)
- Pemain Import Terbaik – Bergson da Silva (JDT)
- Pemain Muda Terbaik – Haziq Kutty Abba (Penang FC)
- Gol Terbaik Liga Malaysia 2025/26 – Ramadhan Saifullah Usman (Kuching City FC)
- Penjaring Terbanyak Liga Super (Tempatan) – Safawi Rasid (KL City FC)
- Penjaring Terbanyak Liga Super – Bergson da Silva (JDT)
- Pasukan Terbaik – Johor Darul Ta’zim (JDT)
- Anugerah Fair Play – Melaka FC
- Penyokong Terbaik – Boys of Straits (JDT)
Manakala senarai FAN XI pula adalah seperti berikut:
GK – Haziq Nadzli (Kuching City FC)
DF – James Okwuosa (Kuching City FC)
DF – Eddy Israfilov (JDT)
DF – Rodney Celvin Akwensivie (Kuching City FC)
MF – Petrus Shitembi (Kuching City FC)
MF – Danial Amier Norhisham (Kuching City FC)
MF – Afiq Fazail (JDT)
MF – Oscar Arribas (JDT)
FW- Arif Aiman Hanapi (JDT)
FW – Bergson da Silva (JDT)
FW – Ramadhan Saifullah Usman (Kuching City FC)