Bekas Pengendali Croatia Bimbing UAE
Hafiz Omar
Individu yang membing skuad kebangsaan Croatia mara ke perlawanan akhir Piala Dunia 2018 dan separuh akhir Piala Dunia 2022, Zlatko Dalic kini menabur bakti bersama Emiriah Arab Bersatu (UAE).
Perkembangan itu hadir selepas badan induk bola sepak bagi negara teluk berkenaan mengumumkan pelantikan jurulatih kelahiran Yugoslavia yang berusia 59 tahun sebagai ketua jurulatih baharu UAE.
Bagaimanapun tiada sebarang perincian mengenai kontrak Dalic bersama UAE didedahkan kepada pihak umum kepada setakat ini.
View this post on Instagram
Pelantikan Dalic ini pastinya merupakan satu daripada usaha UAE untuk meningkatkan lagi prestasi skuad kebangsaannya serta persiapan untuk mengharungi saingan Piala Asia AFC 2027 kelak.
Pada awal Julai lalu, Dalic bertindak meletakkan jawatannya sebagai ketua jurulatih Croatia selepas skuad Vatreni tewas di tangan Portugal di peringkat pusingan 32 dalam saingan Piala Dunia 2026.
Peletakan jawatan itu dilakukan selepas sembilan tahun membimbing Croatia – meletakkan namanya sebagai ketua jurulatih paling lama dan berjaya dalam sejarah Croatia.
FEATURED IMAGE: FIFA