Selangor FC Ikat Penyerang Belanda-Jamaica

August 13, 2026
Bola Sepak

Hafiz Omar

Pasukan yang menamatkan saingan Liga Super di tempat ketiga, Selangor FC memperkukuhkan lagi barisan serangannya dengan menandatangani penyerang Belanda-Jamaica, Kay Tejan.

Pemain berusia 29 tahun ini merupakan penyerang tengah kidal yang memiliki kekuatan fizikal serta ketinggian 1.87 meter dan mampu beraksi di beberapa posisi di bahagian serangan.

Teja menyertai skuad Gergasi Merah dengan pengalaman luas beraksi di beberapa negara eropah seperti Belanda, Perancis, Poland dan Moldova.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Official Selangor FC (@selangorfc)

Pemain kelahiran Amsterdam ini pernah menyerikan karier bola sepaknya dengan memenangi Moldovan Super Liga dan Moldovan Cup bersama FC Sheriff Tiraspol.

Dimaklumkan, Tejan telah berbual dengan ketua jurulatih, Kim Pan-gon mengenai perancangan serta taktikal yang akan digunakan bagi memanfaatkan kelebihan yang dimilikinya.

“Sasaran pertama saya sentiasa untuk mencapai kejuaraan dan mencipta musim yang tidak dapat dilupakan buat para penyokong. Saya tidak sabar untuk beraksi di hadapan mereka, dan saya harap kita dapat bersorak bersama-sama serta menikmati kejayaan.” katanya.

Untuk makluman, Tejan merupakan pemain import kelima ditandatangani Selangor FC pada jendela perpindahan kali ini selepas mengikat Arbenit Xhemaji, Peter Makrillos, Eduardo Sosa dan Jefferson Tabinas.

FEATURED IMAGE: Selangor FC

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd