Ajinomoto Kini Rakan Sajian Rasmi MSN

August 14, 2026
Lain-Lain

Hafiz Omar

Ajinomoto kini diangkat sebagai Rakan Sajian Rasmi Majlis Sukan Negara (MSN) sekaligus memperkukuh sokongan terhadap aspek pemakanan dan nutrisi para atlet negara.

Perkembangan itu hadir susulan MSN dan Ajinomoto (Malaysia) memeterai Memorandum Perjanjian (MoA) bagi menjalinkan kerjasama strategik, pada hari ini.

Kerjasama ini membuktikan komitmen kedua-dua pihak dalam menyokong keperluan pemakanan atlet sebagai komponen penting dalam pembangunan sukan berprestasi tinggi, khususnya daripada aspek persediaan, pemulihan dan prestasi atlet.

Ketua Pegarang MSN, Jefri Ngadirin menyifatkan pengalaman dan kepakaran Kumpulan Ajinomoto dalam bidang pemakanan dan nutrisi diyakini mampu memberi manfaat secara langsung kepada atlet negara, yang sentiasa menjadi fokus utama dalam setiap inisiatif MSN.

Untuk makluman, kerjasama antara MSN dan Ajinomoto Malaysia ini telah bermula menerusi sokongan Ajinomoto Malaysia dalam Majlis Berbuka Puasa MSN pada Mac lalu, sebelum hubungan tersebut dikembangkan sehingga membawa kepada pemeteraian MoA pada hari ini. 

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Ajinomoto (Malaysia), Daisaku Wadami menyatakan kerjasama ini mencerminkan komitmen Ajinomoto (Malaysia) untuk menyumbang kepada pembangunan sukan negara melalui sokongan terhadap aspek pemakanan dan nutrisi atlet menerusi “Victory Project Malaysia” termasuk program nutrisi sukan “Winning Meals Kachimeshi” atau Makanan Juara serta produk nutrisi sukan aminoVITAL.

MSN menyambut baik penglibatan sektor korporat dalam pembangunan sukan negara dan berharap lebih banyak organisasi korporat tampil menjalin kerjasama strategik yang dapat memberi nilai tambah kepada pembangunan atlet serta kemajuan sukan Malaysia secara keseluruhannya. 

Pemeteraian MoA ini bakal menjadi asas hubungan yang lebih kukuh dan berpanjangan antara MSN dan Ajinomoto (Malaysia) disamping memberikan manfaat secara langsung kepada atlet negara dan usaha pembangunan sukan berprestasi tinggi negara.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd