Kejohanan Dunia BWF: Jun Hao Lepasi Pusingan 64

August 17, 2026
Badminton

Hafiz Omar

Perseorangan lelaki No.1 negara, Leong Jun Hao berhasil memulakan kempen Kejohanan Dunia BWF 2026 dengan langkah kanan apabila merekodkan kemenangan pada pusingan 64, sebentar tadi.

Kempen Jun Hao bermula dengan menentang wakil Brazil, Jonathan Matias – pemain yang menghuni ranking ke-66 dunia.

Namun begitu, pemain negara yang berusia 27 tahun itu tidak diberikan laluan mudah oleh Matias dan terpaksa berhempas pulas selama 46 minit terlebih dahulu sebelum merakamkan kemenangan menerusi skor 21-19 dan 21-15.

Hasil kemenangan tersebut, Jun Hao berhasil mengesahkan tempat ke pusingan 32.

Pada peringkat itu, Jun Hao akan menantikan cabaran samada daripada pilihan kelapan kejohanan dari China, Li Shi Feng atau penghuni tangga ke-105 dunia dari Kazakhstan, Dmitriy Panarin.

Pada edisi lalu, Jun Hao menamatkan kempen Kejohanan Dunia setakat pusingan 32 selepas tewas di tangan Kenta Nishimoto menerusi skor 21-17, 13-21 dan 23-25.

FEATURED IMAGE: Badminton Association of Malaysia

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd