Jersi Selangor FC Keluaran Adidas Berharga RM199 Sehelai
Hafiz Omar

Penantian rekaan jersi “home” dan “away” Selangor FC keluaran Adidas menemui titik noktahnya apabila ianya diperkenalkan secara rasmi dalam satu acara yang berlangsung di Sunway Pyramid, pada hari ini.
Acara pengenalan itu memperlihatkan jersi “home” hadir dalam dua tona warna merah yang melambangkan identiti ikoniknya sejak zaman berzaman dengan kemasan kuning bagi lencana kelab, logo Adidas dan penaja-penaja.
Sementara itu, jersi “away” pula hadir dalam warna putih yang tampak kemas dan ringkas sambil dipadankan dengan perincian berwarna merah gelap bagi lencana kelab, logo Adidas dan penaja-penaja.
@sukanzcomSelangor FC x Adidas 26-27
Dibelakang kedua-dua jersi itu turut menampilkan angka tahun 1921 bagi memperingati perlawanan pertama kelab sekaligus menghubungkan sejarah kelab dengan masa kini melalui reka bentuk yang lebih moden.
Kedua-dua persalinan jersi itu dijual pada harga RM199 sehelai dan ianya boleh didapati secara fizikal di Flagship Selangor FC, butik rasmi Adidas yang terpilih serta rakan niaga Adidas seperti Al-Ikhsan Sports dan Sports Direct.
Pada masa yang sama, ianya juga boleh didapati secara dalam talian menerusi laman sesawang adidas.com.my