KL City FC Pinjam Ibrahim Manusi

August 21, 2026
Bola Sepak

Hafiz Omar

Calon Pertahanan Terbaik Anugerah Bola Sepak Kebangsaan (ABK) 2024-25, Ibrahim Manusi meneruskan karier bola sepaknya bersama Kuala Lumpur City FC (KL City) bagi musim ini.

Skuad ibu kota tampil mengumumkan mendapatkan khidmat pemain berusia 24 tahun terbabit menerusi akaun Facebook rasminya, pada Khamis.

Dimaklumkan, pemain berketinggian 1.81 meter (m) yang beraksi sebagai pemain tengah bertahan itu didapatkan oleh KL City secara pinjaman daripada kelab gergasi bola sepak tanah air, Johor Darul Ta’zim (JDT).

Perkembangan itu menyaksikan Ibrahim kembali bergabung semula dengan bekas ketua jurulatihnya di Sri Pahang FC, Dato’ Dollah Salleh yang kini membimbing KL City.

Selain itu, KL City turut mendapatkan khidmat penyerang kebangsaan, Syafiq Ahamd; bekas pemain sayap Sabah FC, Kumaahran Sathasivam dan bekas pemain tengah Terengganu FC, Saiful Jamaluddin.

KL City akan memulakan kempen Liga Super 26-27 dengan bertemu Negeri Sembilan FC di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi.

Featured Image: KL City FC

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd