Jersi Sabah FC Keluaran Carino Berharga RM139 Sehelai
Hafiz Omar

Juara MFL Challenge Cup 2025-26, Sabah FC tampil memperkenalkan jersi “home” dan “away” yang akan disarung bagi mengharungi saingan Liga Malaysia 2026-27.
Menerusi akaun media sosialnya, kelab berjulakan Sang Badak itu menampilkan kelainan pada musim ini menggunakan jersi keluaran Carino berbanding Adidas pada musim lalu.
Warna merah dan biru dipilih sebagai identiti untuk jersi “home” dan “away” masing-masing dengan dengan rekaan, corak dan peletakan posisi logo penaja yang sama bagi kedua-duanya.
View this post on Instagram
“Kepada para penyokong Sang Badak, jersi ini direka khas untuk anda. Anda adalah nadi kepada kelab ini. Sokongan yang anda berikan di Stadium Likas, di seluruh Sabah, mahupun di mana sahaja anda berada, menjadi sumber kekuatan kepada pasukan kami.”
“Setiap kali pemain melangkah ke padang dengan memakai jersi ini, mereka membawa bersama harapan dan kebanggaan seluruh rakyat Sabah.” kata Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA), Shamsuddin Mohd Shah dalam majlis yang berlangsung pada hari ini.
Dimaklumkan, kedua-dua jersi “home” dan “away” itu diletakkan tanda harga RM139 sehelai dan ianya boleh didapati secara fizikal di kedai-kedai Sportmart.
Untuk makluman semua, Sabah FC akan memulakan kempen Liga Super 26-27 dengan melayan kunjungan Star City FC kendalian Mehmed Durakovic di Stadium Likas pada 24hb Ogos (Isnin).
FEATURED IMAGE: Sabah Football Club