Kejohanan Dunia BWF: Aaron-Wooi Yik Mara Ke Perlawanan Akhir
Hafiz Omar

Aaron Chia dan Soh Wooi Yik yang kembali bergandingan semula melakukan kejutan dengan menyingkirkan juara bertahan sekaligus menempah tiket ke perlawanan akhir Kejohanan Dunia BWF 2026.
Kemaraan itu tercipta selepas Aaron-Wooi Yik melakar kemenangan bergaya ke atas Kim Won Ho dan Seo Seung-jae dari Republik Korea itu menerusi kemenangan dua set berturut-turut menerusi skor 21-18 dan 21-18 dalam masa 43 minit.
Bertambah bermakna, ini merupakan kemenangan sulung Aaron-Wooi Yik ke atas Kim-Seo pada tahun ini selepas tewas dua kali berturut-turut ketika bertembung di Terbuka Malaysia 2026 dan Kejohanan Badminton Seluruh England 2026 pada Januari dan Mac lalu.
BWF World Championships 2026
MD – SF
🇲🇾Aaron CHIA🏅
21 21 🇲🇾SOH Wooi Yik🏅
🇰🇷KIM Won Ho
17 18 🇰🇷SEO Seung Jae🕚 in 43 minutes
— BWFScore (@BWFScore) August 22, 2026
Hasil daripada kemenangan itu, Aaron-Wooi Yik yang juga merupakan juara edisi 2022 akan membuat perhitungan dengan pemenang pingat perak Olimpik 2024 dari China, Liang Wei Keng dan Wang Chang.
Terdahulu, Wei Keng-Chang mara selepas menundukkan wakil Chinese Taipei, Lee Jhe-Huei dan Yang Po-Hsuan dengan mudah menerusi skor 21-18 dan 21-14 dalam masa setengah jam.
Wei Keng-Chang meruapakan antara lawan yang sukar buat Aaron-Wooi Yik.
Berdasarkan rekod, Aaron-Wooi Yik pernah bertembung sebanyak 14 kali di pelbagai kejohanan antarabangsa. Bagaimanapun, Aaron-Wooi Yik hanya pernah melakar tiga kemenangan sahaja daripada 14 pertemuan itu dan selebihnya berakhir dengan kekalahan.
FEATURED IMAGE: Badminton Association of Malaysia