Aaron-Wooi Yik Naib Juara Kejohanan Dunia BWF 2026

August 23, 2026
Badminton

Hafiz Omar

Beregu lelaki No.1 negara, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik menematkan kempen Kejohanan Dunia BWF 2026 selaku naib juara susulan tewas perlawanan akhir di tangan Liang Wei Keng dan Wang Chang.

Gandingan China yang menghuni ranking ketiga dunia itu menamatkan set pertama menerusi skor 21-17 sebelum meneruskan persembahan unggul dan menoktahkan set kedua menerusi skor 21-16.

Keputusan itu menyaksikan Aaron-Wooi Yik terlepas peluang untuk menambah koleksi pingat emas selepas menjuarainya buat julung kali pada Kejohanan Dunia BWF 2022.

Pada masa yang sama, skor itu turut menjadikan rekod kekalahan Aaron-Wooi Yik di tangan Wei Kang-Chang semakin melebar kepada 12 kekalahan daripada 15 pertemuan secara keseluruhan di pentas antarabangsa.

Terdahulu, Aaron-Wooi Yik mengesahkan tempat ke perlawanan akhir edisi kali ini selepas mengejutkan beregu No.1 dunia dari Korea, Kim Won Ho dan Seo Seung-jae menerusi skor 21-17 dan 21-18.

FEATURED IMAGE: Badminton Association of Thailand

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd