Bekas Ketua Jurulatih Hoki Negara Meninggal Dunia Pada Usia 63 Tahun 

August 24, 2026
Hoki

Hafiz Omar

Bekas ketua jurulatih dan kapten skuad hoki lelaki kebangsaan, Sarjit Singh meninggal dunia pada usia 63 tahun.

Sarjit yang berdepan masalah dilaporkan menghembuskan nafas terakhirnya kira-kira jam 10 malam pada Ahad di Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM.

Badan induk, Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) turut mengesahkan pemergian legenda hoki tanah air itu menerusi akaun Facebook rasminya, tengah malam tadi.

Ketika bergelar pemain, Sarjit sebahagian daripada skuad Malaysia yang beraksi di Sukan Olimpik 1984 di Los Angeles dan 1992 di Barcelona.

Mendiang turut membantu skuad negara meraih pingat gangsa dalam dua edisi Sukan Asia iaitu di New Delhi pada 1982 dan Beijing pada 1990.

Dalam bidang kejurulatihan, Sarjit dilantik untuk membimbing skuad kebangsaan dari 2007 hingga 2008 sebelum dilantik semula ke posisi yang sama dari Mac 2024 hingga Mac 2026.

Di bawah kendaliannya, skuad hoki kebangsaan menamatkan kempen Kelayakan Piala Dunia di Ismaila, Mesir pada Mac lalu di tangga keempat.

FEATURED IMAGE: Malaysian Hockey Confederation

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd