Negeri Selangor Cuti 1 September – MB

August 24, 2026
Lain-Lain

Hafiz Omar

Menteri Besar Selangor, YAB Dato’ Seri Amirudin Shari mengumumkan cuti peristiwa khas pada 1hb September 2026 (Selasa) bagi seluruh Negeri Selangor Darul Ehsan.

Pengumuman cuti tersebut dikongsikannya menerusi pelbagai akaun media sosial rasminya selepas mengumumkannya dalam Majlis Penutupan Sukan Malaysia (SUKMA) XXII Selangor 2026 di Aneka Walk, Shah Alam, sebentar tadi.

Menurut Amirudin, cuti terbabit adalah untuk meraikan kemenangan luar biasa Kontinjen Selangor dalam temasya SUKMA 2026 serta menghargai segala sokongan dari seluruh rakyat, sukarelawan, atlet dan ibu bapa serta para petugas.

Kontinjen Selangor menutup temasya kali ini dengan mengutip 101 kilauan emas, 73 butir perak dan 71 keping gangsa – mengumpul 245 pingat secara keseluruhan sekaligus muncul juara SUKMA 2026.

Kemenangan kali ini meyaksikan Selangor bergelar juara keseluruhan kali ke-10 bermula ediai 1988, 1996, 1998, 2000, 2002, 2004, 2006, 2013, 2016 dan terbaru 2026 – negeri terbanyak menjuarai temasya SUKMA sejak diperkenalkan pada tahun 1986.

FEATURED IMAGE: Threads Amirudin Shari

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd