Vietnam Pertahan Kejuaraan Piala ASEAN

August 26, 2026
Bola Sepak

Hafiz Omar

Vietnam yang menghuni ranking ke-99 dunia, Vietnam berjaya mempertahankan kejuaraan Piala Hyundai ASEAN (sebelum ini dikenali sebagai Piala Mitsubishi Electric ASEAN) selepas mencatatkan kemenangan 4-2 secara agregat ke atas Thailand.

Biarpun Vietnam bimbingan Kim Sang-sik menamatkan aksi timbal balik perlawanan akhir dengan keputusan 2-2 namun pendahuluan 2-0 skuad Pahlawan Bintang Emas pada aksi pertama memastikan trofi emas itu kekal di Hanoi.

Menariknya, keempat-empat gol yang terhasil dalam aksi timbal balik di Stadium Nasional My Dinh itu berpunca daripada pemain Thailand sendiri dimana dua daripadanya adalah gol sendiri – Chatchai Budprom (52’) dan Wanchai Jarunongkran (90+4’).

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ASEAN United FC (@aseanutdfc)

Dua lagi gol dijaringkan oleh Yotsakorn Burapha (12’) dan Wanchai Jarunongkran (85’).

Aksi pertama di Stadium Rajamangala pada Sabtu lalu menyaksikan Vietnam menang hasil jaringan Nguyen Hai Long (62’) dan Nguyen Quang Hai (69’).

Kejuaraan dua kali berturut-turut ini merupakan satu sejarah baharu buat bola sepak Vietnam. Secara keseluruhan pula, ini merupakan kejuaraan keempat diraih Vietnam selepas edisi 2008 dan 2018 sejak pertandingan itu diperkenalkan pada tahun 1996.

Pada edisi lalu, Vietnam turut meraih gelaran juara hasil mengalahkan lawan yang sama dengan kemenangan agregat 5-3.

FEATURED IMAGE: Liên đoàn Bóng đá Việt Nam (VFF)

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd