Ini Format Piala ASEAN FIFA

August 28, 2026
Bola Sepak

Hafiz Omar

Teka-teki mengenai format Piala ASEAN FIFA 2026 yang bakal berlangsung bermula 24hb September hingga 5hb Oktober terjawab apabila Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berkongsikan jadual perlawanan kejohanan itu pada Khamis.

Menerusi perkongsian itu, format Piala ASEAN FIFA terbahagi kepada dua peringkat. Pertamanya, setiap pasukan yang telah diundi dalam Kumpulan A dan B akan mengharungi tiga perlawanan secara “round robin” dalam kumpulan masing-masing.

Peringkat seterusnya, pasukan yang muncul juara Kumpulan A dan B masing-masing akan layak ke perlawanan akhir yang berlangsung pada 5hb Oktober untuk menentukan juara edisi sulung kejohanan ini. 

Sementara itu, naib juara Kumpulan A dan B masing-masing akan ke perlawanan penentuan tempat ketiga yang akan berlangsung pada hari yang sama.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by FA Malaysia (@famalaysia)

Malaysia bimbingan Tan Cheng Hoe yang diundi dalam Kumpulan A akan memulakan kempen Piala ASEAN FIFA bertemu Bangladesh (25hb September, sepak mula 5 petang waktu Malaysia) di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta.

Ianya diikuti dengan “derbi nusantara” bertemu tuan rumah, Indonesia (28hb September, sepak mula 8.30 malam waktu Malaysia) di stadium yang sama.

Malaysia berjulukan Harimau Malaya akan menutup aksi peringkat kumpulan dengan “derbi seberang tambak” bertemu Singapura (1hb Oktober, sepak mula 8.30 malam waktu Malaysia) di Stadium Si Jalak Harupat, Bandung.

Untuk pengetahuan semua, kejohanan ini berlangsung dalam Jendela Perlawanan Antarabangsa FIFA yang telah dirangkumkan bermula 21hb September hingga 6hb Oktober. 

FEATURED IMAGE: Malaysia NT

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd